Alhamdulillah, berjaya lagi kali ini merajinkan diri aku untuk update blog aku ni..Kebetulan pulak dalam bulan posa dan seluruh umat islam akan menyambut raya dalam 2 3 hari lagi. Walaupun aku sebagai orang bawah di pejabat, tapi ketua keluarga tetap di pikul. Dan sudah semestinya perkara wajib yang perlu dilaksanakan sebelum timbul bulan syawal adalah zakat fiktrah.. Nasib baiklah kaunter dibuka di bank. mudah dan senang untuk dibayar..kalau dulu lagi senang, dalam poli je.. ambik kau..panjang resit.. Anak-anak tetap tidak terlepas untuk merasai suasana sambutan hari raya..mana tidaknya, kali ni mereka akan beraya di kampung nenek mereka di tumpat kelantan..kerana alasan itulah bebudak ni mahu gunting rambut mereka kat kedai..kalau tidak,mana mungkin mahu..bak kata hakim,"dah la rambut macam beeruuss..hahahaa" lepas gunting rambut dan yang paling malas aku nak jawab, soalan yang sama hampir seribu kali sari di tanya iaitu, "Abah, bila nak naik aeroplane...