Alhamdulillah, berjaya lagi kali ini merajinkan diri aku untuk update blog aku ni..Kebetulan pulak dalam bulan posa dan seluruh umat islam akan menyambut raya dalam 2 3 hari lagi.
Walaupun aku sebagai orang bawah di pejabat, tapi ketua keluarga tetap di pikul. Dan sudah semestinya perkara wajib yang perlu dilaksanakan sebelum timbul bulan syawal adalah zakat fiktrah..
Nasib baiklah kaunter dibuka di bank. mudah dan senang untuk dibayar..kalau dulu lagi senang, dalam poli je..
 |
ambik kau..panjang resit.. |
Anak-anak tetap tidak terlepas untuk merasai suasana sambutan hari raya..mana tidaknya, kali ni mereka akan beraya di kampung nenek mereka di tumpat kelantan..kerana alasan itulah bebudak ni mahu gunting rambut mereka kat kedai..kalau tidak,mana mungkin mahu..bak kata hakim,"dah la rambut macam beeruuss..hahahaa"
 |
lepas gunting rambut |
dan yang paling malas aku nak jawab, soalan yang sama hampir seribu kali sari di tanya iaitu, "Abah, bila nak naik aeroplane?? airasia ke MAS??""
kadang2 rasa macam nak lempang juga ada..tapi bila fikir balik, malas pulak potong stim keseronokan diaorang nih..terpaksa layan jugak lah..dan ari ni pulak soalan sains budak2 ditanya oleh dua ni, "abah, aeroplane dengan helikopter mana lagi laju??"..Nah, ambik kau soalan..
 |
abe syahmi |
bagi aku pulak, raya kali ni banyak maknanya dan aktivitinya..antaranya program yang telah dirancang ialah majlis akikah anak pompuan bongsu aku. Kambing sudah ditempah, tukang sembelih pun ditempah sudah. tunggu hari mahu jalankan kerja lagi..Dek kerana itu jugak, aku merayap dari satu bank ke satu bank yang lain. kerja bodoh tapi berbaloi la jugak. Kerja mencari sampul raya free dari bank..boleh la jugak aku bagi duit raya dekat sepupu sepapat, anak2 sepupu dan seangkatan dengannya..nak bagi kat anak saudara, adik2 aku membujang lagi..
 |
sampul duit raya dari bank islam dam maybank |
raya kali ini jugak adalah sejarah buat anak aku sorang ni. Auni nabilah akan menjejakan kaki buat pertama kalinya ke rumah neneknya di kg pulau suri,tumpat di bumi kelantan..dan auni jugak lah perempuan ketiga dalam keluarga aku selain dari mek aku, bini aku dan auni...
 |
auni nabilah |
kami akan meninggalkan bumi kenyalang selama dua minggu lebih..alang2 balik kampung, biar puas hati...:)
Comments
Post a Comment